Powered By Blogger

Monday, 19 September 2011

Badminton Malaysia...kenapa semakin suram?

 


Semoga salah seorang dari mereka jadi juara dunia suatu hari nanti

  Kejohanan dunia dah dekat dua bulan berlalu.Namun pedih yang dirasakan jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei masih terasa.Mampukah Chong Wei bangkit?Saya dan seluruh rakyat Malaysia selalu mengharapkan yang terbaik dari Chong Wei.Jika kita nak harapkan pemain lain alamatnya kempunanlah.Saya adalah antara ribuan peminat tegar badminton di Malaysia.Tetapi sejak akhir-akhir ini jarang kita lihat pemain kita layak ke akhir mahupun separuh akhir dalam mana-mana kejohanan kecuali Lee Chong Wei yang semakin di penghujung karier.Tamat sukan Olimpik..siapa wakil kita.Pelapis negara lain seperti Indonesia ada Hayum Rumbaka,China ada Chen Long,Denmark punyai Jan O Joghensen dan kita ada siapa?Arif Latif?Darren Liew diorang semua belum capai tahap yang boleh bersaing di peringkat dunia atau lebih tepat lagi masih jaguh kampung.Kejohanan super series terbuka Jepun akan membuka tirai.Semalam tiada seorangpun pemain Malaysia saya lihat beraksi di final China Masters.Mana pergi mereka?apa pula alasan kali ini.Diharapkan pemain Malaysia boleh menonjolkan aksi lebih baik pada terbuka Jepun nanti.Bergu kita semakin jauh nampaknya nak bersaing dengan otai-otai badminton negara lain.Mana pelapis yang ramai-ramai tu?simpan buat apa.Umur dah 23 baru nak bagi pendedahan.Sampai bila nak jadi macam ni.Takkan nak tunggu Malaysia jatuh macam skuad sepak takraw baru nak sedar.
    Hendrawan dan Rexy apa fungsi diorang ni.Dapat gaji banyak tapi kerja macam tak buat je.Saya rasa lebih baik BAM bawa jurulatih Tanjung Malim je latih pelapis kita.Zulfadli Zulkifli lebih berjaya berbanding pelapis di bawah BAM.Apa cerita?Zakry,Hafiz,Tan Bin Shien dan beberapa pemain lain dah angkat kaki.Takkan kita nak menganjur kejohanan je tapi pemain kita takde yang menang.Bosan dengan alasan BAM yang asyik salahkan pemain sahaja bila gagal di sesuatu kejohanan.Walaubagaimanapun takde guna nak salahkan sesiapa dalam masalah ni.Yang berkuasa tu fikir-fikirkanlah dan yang main tu bersungguh-sungguhlah.Jangan nak elaun je main macam budak sekolah.Kesimpulannya semua pihak yang terlibat harus bekerja lebih keras demi masa depan badminton kita yang tengah murudum ketika ini.Hidup Malaysia.

Monday, 5 September 2011

Ranking terbaru...(perseorangan lelaki)




1

 LEE Chong Wei
              
2

 LIN Dan
3

 Peter Hoeg GADE
4

 CHEN Long
5

 Taufik HIDAYAT
6

CHEN Jin
7

 Tien Minh NGUYEN
8

 DU Pengyu
9

 Sho SASAKI
10

Boonsak PONSANA
      
Sumber : http://www.bwfbadminton.org



Sunday, 4 September 2011

Badminton..



Lin Dan 


Lin Dan (Super Dan)

  Lin Dan (lahir 14 Oktober 1983) merupakan pemain badminton China yang berketurunan Hakka, dari Fujian, Republik Rakyat China. Lin kini pemain badminton perseorangan yang mendominasi pentas dunia.Pemain ni telah banyak menyekat Chong Wei dari memenangi kejohanan besar.Lin Dan bermain di Sukan Olimpik 2004, dia tewas kepada Ronald Susilo dari Singapura pada pusingan pembukaan. Selepas itu, dia tumpas kepada Taufik Hidayat di peringkat akhir di Kejohanan Dunia Badminton 2005.
Pada tahun 2006, Lin Dan menang ke atas Bao Chunlai di pusingan akhir Kejohanan Dunia Badminton di Madrid, Spain. Pada tahun 2005, Lin Dan pernah bertemu dengan Bao di tiga kejohanan yang diadakan di China: China Masters, Sukan Kebangsaan China, dan Terbuka Hong Kong.Lin Dan mempunyai seorang teman wanita yang bernama Xie Xingfang. Xie juga merupakan pemain nombor satu dunia satu ketika dahulu.Lin Dan juga pernah memenangi kejohanan yang berprestij iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England di Birmingham, juga memenangi Kejohanan Dunia Badminton 2006 di mana Lin bertemu dengan rakan senegaranya Bao Chunlai dengan mendapat gelaran Kejohanan Dunia yang pertama.Pastu dia menang Olimpik Di Beijing 2008 dan menang kejohanan dunia buat kali keempat tahun ni.
  Harus diakui bahawa Lin Dan nie memang hebat walaupun ramai orang tak suka.Teknik yang sempurna di semua sudut,pantas,dan pandai bermain psikologi antara kelebihan pengacau Chong Wei nie.Tak hairan lah orang menggelarnya Super Dan.Saya hanya kagum permainannya tidak pada perwatakannya.Kesimpulannya Lin Dan akan tewas di London 2012 nanti di tangan Wira kita Chong Wei.Insyallah...





Zakry dan Fairuz di KLRC



Fairuz dan Zakry



   Simbolik kepada penyertaan mereka ke KLRC semalam, Zakry, 29, dan Fairuzizuan, 28, telah menyarung baju rasmi KLRC pada majlis tersebut. Turut hadir pada majlis itu ialah pemilik KLRC, Datuk Seri Andrew Kam.
Zakry dan Fairuzizuan membuat pengumuman itu dalam satu sidang media semalam yang diadakan sempena Rumah Terbuka KLRC, sekali gus menamatkan teka-teki haluan mereka setelah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lalu.
"Sekarang perancangan kami lebih jelas untuk memungut mata melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.Zakry berkata, dia dan Fairuzizuan gembira diterima untuk bernaung di bawah KLRC bagi membolehkan mereka membuat perancangan untuk masa depan.Terdahulu, pasangan itu telah mengemukakan permohonan untuk keluar daripada BAM pada 17 Ogos lepas kerana berasakan sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada pemain baharu, selain faktor umur mereka yang semakin meningkat.
"Kami akan memulakan misi pertama dengan kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia pada 27 September hingga 2 Oktober ini," katanya.
Berikutan dengan kontrak bersama KLRC itu, Zakry berkata, KLRC akan menanggung semua perbelanjaan dalam setiap kejohanan yang mereka pilih.Katanya, mereka telah menyenaraikan lapan kejohanan antarabangsa untuk disertai pada tahun ini termasuk GP Emas Terbuka Indonesia."Menerusi GP Emas Terbuka Indonesia, kami meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini," katanya.
Zakry menegaskan bahawa hubungan mereka dengan badan induk badminton itu tetap baik walaupun sudah meninggalkan BAM.Selamat berjaya buat Zakry dan Fairuz,semoga dapat meyumbang kearah pembangunan badminton Malaysia.

Saturday, 3 September 2011

10 bulan lagi...







  Allo peminat badminton di Malaysia,selamat hari raya bagi yang beragama Islam.cerita kat surat khabar minggu ini lebih banyak kepada kemalangan jalan raya yang semakin meningkat dari hari ke hari.Tapi saya bukan nak cerita pasal kemalangan jalan raya ataupun pasal hari raya tapi pasal persiapan jaguh badminton negara iaitu Datuk Chong Wei.sedar tak sedar tinggal 10 hari je lagi sukan olimpik akan membuka tirai.Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang menjadi sandaran utama menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik 2012 kini berada dalam ‘detik kritikal’ tatkala temasya berprestij itu kini hanya berbaki 10 bulan.Rumusan itu disuarakan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menyifatkan pemain nombor satu dunia itu perlu bijak dalam tempoh 10 bulan ini bagi menyaring kejohanan antarabangsa yang mahu disertainyaKesimpulannya,chong wei perlu berhati-hati dalam 10 bulan lagi ni.Persiapan perlu lebih rapi serta elakkan kecederaan.Selamat berjaya Chong Wei...jangan lupa smash kepala Lin Dan.





YONEX Open Chinese Taipei

Dates:
9/6/2011 to 9/11/2011
Week:
36
Category:
Grand Prix Gold
City:
Taipei
Country:
TPE
Prize money:
USD 200,000
Entry deadline:
8/9/2011
Tournament link:
Yonex Chinese Taipei Open
Updated date:
8/23/2011


Sumber : www.bwf.com

Sunday, 28 August 2011

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya,maaf zahir batin kepada umat Islam seluruh dunia.

Monday, 22 August 2011

Zakry dan Fairuz ikut jejak Hafiz...

Zakry Latif dan Fairuzizian Tazari


 Di akhbar kelmarin, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh mengumumkan bahawa Zakry dan Fairuzizuan telah mengemukakan permohonan untuk keluar daripada naungan badan induk itu pada 17 Ogos lepas.Menurut Nadzmi, kesemua ahli jawatankuasa BAM telah bersetuju untuk melepaskan kedua-duanya tanpa syarat.
Zakry, 29, dan Fairuzizuan, 28, merupakan bekas beregu negara sebelum jurulatih beregu, Rexy Mainaky memutuskan untuk menggandingkan mereka masing-masing dengan Hoon Thien How dan Ong Soon Hock.Nadzmi berkata, pasangan itu memutuskan untuk bergerak sendiri kerana merasakan sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada pemain baru, selain faktor umur mereka yang semakin meningkat.
Ekoran tindakan beregu itu keluar daripada BAM, peluang untuk mereka memburu tempat pada Sukan Olimpik 2012 di London mungkin terjejas.Bagi saya,keputusan ini ada baiknya kerana memberi peluang kepada pemain muda untuk mengetengahkan diri dalam sukan ini.Apapun selamat berjaya kat korang berdua...semoga terus menyumbang ke arah kemajuan badminton negara... 




YONEX-SUNRISE Vietnam Open

Dates:
8/23/2011 to 8/28/2011
Week:
34
Category:
Grand Prix
City:
Ho Chi Minh City
Country:
VIE
Prize money:
USD 50,000
Entry deadline:
7/26/2011
Results:
N/A
Updated date:
8/9/2011

Friday, 19 August 2011

Tiru Lin Dan boleh bantu Chong Wei...?

  


Chong Wei Feng

Semalam dalam akhbar bahagian sukan terpapar berita iaitu pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj mengumumkan, Wei Feng, Darren dan Kwong Beng perlu dilatih menjadi seperti Lin Dan agar mereka dapat memberikan tentangan kepada Chong Wei ketika sesi latihan. Bukan atas kepentingan individu, namun ia adalah salah satu strategi terbaru dalam usaha memastikan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dapat menyaingi kehebatan Lin Dan.Persoalannya menjadi ke...kalau tak silap,kita pernah guna cara ini sebelum sukan olimpik Beijing 2008.
   Bagi saya usaha ini lebih kepada latihan biasa dalam gelanggang.Yang penting sekarang mentaliti Chong Wei perlu kuat bagi menghadapi kejohanan sehebat Olimpik dan Dunia.Rasanya tiada apa yang silap dengan latihan Chong Wei.Chong Wei dah power dah.Lebih baik suroh Wei Feng dan Darren jadi macam Lin Dan terus...senang cerita.Tak payah la nak pikir sangat pasal Chong Wei.Lahirkan seorang lagi macam Chong Wei.Kita kan banyak pelapis...takkan sorang pun tak boleh dididik jadi pemain hebat.Apa guna kita ada jurulatih macam Hendrawan dengan Rashid...apapun majulah badminton untuk aku seronok tengok wakil malaysia menang kejohanan setiap hujung minggu..Malaysia boleh.

Wednesday, 17 August 2011

Terkini...Wuhan,China tuan rumah Piala Thomas/Uber 2012

                                                                         Wuhan,China

  China juara lagi nanti...itu mungkin jangkaan awal saya pada piala Thomas dan Uber tahun depan.Pusingan akhir kejohanan badminton berprestij, Piala Thomas dan Piala Uber edisi 2012 akan diadakan di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei tahun depan.Setiausaha kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai, memberitahu semalam bahawa Malaysia akan menyertai pusingan kelayakan bagi benua Asia di Macau pada 14 hingga 19 Februari.Juara bertahan Piala Thomas dan Piala Uber sekarang ialah China.Pada edisi tahun lepas, Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan yang ada sebagai tuan rumah apabila tewas kepada pasukan China 3-0 pada peringkat separuh akhir saingan Piala Thomas.Piala Thomas ialah kejohanan badminton utama peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki manakala Piala Uber pula ialah acara berpasukan wanita.Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun.Kali terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas adalah pada edisi 1992 dengan menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.Saya harap Malaysia boleh memberi saingan pada edisi 2012 nanti.

Kenapa gagal

    Kekuatan mental jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei kembali menjadi buah mulut para peminat sukan tanah air.Ia gara-gara kekalahan Chong Wei kepada kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London Ahad lalu.Berdepan Lin Dan, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia sekali lagi gagal menyaingi ketangkasan bintang China itu dalam pertarungan tiga set yang memakan masa 82 minit.
   Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan mata akhir iaitu 20-19, 21-20, nasib ternyata tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.Pada suatu ketika, Chong Wei dilihat mampu menumbangkan Lin Dan, namun dia tidak berjaya menamatkan perlawanan meskipun sudah berada pada mata akhir di set ketiga.Justeru, ada pihak yang beranggapan bahawa jaguh perseorangan negara itu sekali lagi dibayangi dengan kekuatan mental Lin Dan yang kini memiliki rekod kemenangan 16-8 ke atasnya.
   Walaubagaimanapun,kitapun sedia maklum tekanan yang dihadapi Chong Wei masa tu.Tapi satu perkara BAM harus ingat.. Chong Wei dah tua...naikkanlah penggantinya.Kita dah hilang Datuk Misbun,tak lama lepas ni Chong Wei pon nak bersara..takkan kita nak tengok player negara lain je menang...renungkanlah dan buatlah apa yang patut..majulah badminton untuk Malaysia

Monday, 15 August 2011

Chong wei gagal lagi


Chong Wei dan Lin Dan
   Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk merangkul kejuaraan dunia. Biarpun tampil selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sekali lagi dibayangi kehandalan seteru utamanya dari China, Lin Dan.Pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London semalam, Chong Wei tumbang dalam pertarungan tiga set.Meskipun berjaya mencatatkan kemenangan 22-20 pada set pertama, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan yang tampil dengan aksi penuh bertenaga untuk menang dua set berikutnya 21-14, 23-21.Tapi yang lebih penting sukan olimpik nanti Chong Wei harus bangkit....hidup Lee Chong Wei..smash kat kepala Lin Dan tu.


                                          

Wednesday, 10 August 2011

Keputusan terkini kejohanan badminton dunia London 2011 (perlawanan tumpuan)

(Pusingan pertama)
Lee Chong Wei mng B Tonangsak 21-15,21-17
Kenichi Tago kk Ajay Jayaram 21-12,21-19
Chen Long kk Kevin Cordon 21-19,8-21,27-25
Kestutis Navickas kk Lin Dan 21-11,21-10
Peter Gade mng Rajiv Ouseph 21-8,21-18
Taufik Hidayat mng Rodrigo Carilho 21-10,21-14
Chen Jin mng Raul Must 21-8,21-10

Sumber : Berita Harian.

Monday, 8 August 2011

Bermulalah cabaran hari ini...



        




  Hahaha...hari ini bermulalah cabaran buat pemain negara kita dalam merebut kejohanan badminton terulung dunia iaitu kejohanan dunia.Diharapkan hari ini pemain-pemain negara tidak memandang mudah cabaran yang pada pusingan pertama ini.selamat berjaya buat kontinjen badminton negara.Viva Malaysia...






BWF World Championship 2011 
                            

Friday, 5 August 2011

Masa depan badminton Malaysia...

Misbun Ramdan dan Datuk Misbun Sidek (gambar kecil)

      Siapa yg bakal menggantikan Koo Kien Keat,Wong Chong Han Dan Datuk Lee Chong Wei.Setiap kejohanan kita hanya mengharapkan pemain senior yang makin di penghujung karier. Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata, beliau bukan masalah utama dalam badminton negara ketika ini, sebaliknya masalah kritikal yang sedang dialami Malaysia adalah ketiadaan pelapis berwibawa dan tugas.Chong Wei, 29, juara Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan All England tahun ini, percaya badminton negara berdepan masalah yang lebih serius daripada sekadar memburu emas Olimpik 2012, iaitu siapa yang akan menggantikannya dan memikul cabaran Malaysia selepas temasya London nanti.Namun ada sedikit kelegaan bagi kita apabila buat pertama kali seorang pemain remaja kita berjaya merangkul gelaran juara perseorangan remaja asia iaitu Zulfadli Zulkifli.Selain itu, pemain yang semakin meningkat naik Misbun Ramdan anak kepada bekas jaguh badminton negara Misbun Sidek juga  berpotensi untuk mara lebih jauh dalam sukan ini.Apapun pihak yang berkenaan perlu bekerja keras dan jangan hanya mengharap pemain sedia ada.Kalau nak diharapkan pemain sedia ada sekarang memang susah kita nak pergi jauh.Lebih-lebih lagi semua dah tua.Minta BAM fikirlah sikit demi masa depan badminton negara.




Zulfadli Zulkifli

                                                                                  

Thursday, 28 July 2011

Hai Badminton...!!!

Allo peminat sukan di Malaysia.Sudah seminggu saya tak menulis.Maklumlah cuti midsem.Malas nak menulis.Minggu ini kita banyak berbicara tentang bola sepak.Perlawanan yang sedang hangat adalah antara harimau malaya dan skuad jiran Singapura.Tetapi kita jangan lupa tentang kejohanan badminton dunia yang akan berlangsung tak lama lagi.harapan sekali lagi disandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei.Hasil undian yang dijalankan terdapat sedikit kelebihan kepada Chong Wei kali ini.Memang kebanyakan pemain-pemain yang bakal ditempuhi Chong Wei adalah pemain yang pernah ditewaskannya, namun kami tidak boleh menjangkakan prestasi mereka lebih-lebih lagi dalam kejohanan besar seperti ini.Chong Wei akan menentang pemain Thailand, T. Saensomboonsuk pada pusingan pertama sebelum berdepan samaada Ville Lang (Finland) ataupun D. Rumbika (Indonesia) di pusingan kedua.Di suku akhir, Chong Wei dijangka akan bertemu pemain ranking ke-9 dunia, dari Korea Selatan Park Sung Hwan sebelum berdepan pemain dari China yang juga pemain ranking ke-5 Chen Long.Sekiranya lepas di peringkat itu, Chong Wei juga diramal berdepan samaada pemain ranking ke-4, Taufik Hidayat (Indonesia) ataupun pemain ranking ke-6 Chen Jin (China) dalam peringkat separuh akhir.Manakala di final, Chong Wei diramal bakal bertemu pemain ke-2 dunia yang juga musuh tradisinya dari China, Lin Dan.Apapun kita tunggu saja keputusannya nanti.Semoga Lee Chong Wei terus berjaya menggegar dunia

Minggu Ini

  
    .

Monday, 18 July 2011

Allo Badminton...!

 Hello Malaysia....kepada peminat badminton di Malaysia pasti menunggu kejohanan dunia yg bakal berlangsung ogos ini.Sandaran pasti disandar pada jaguh badminton negara Lee Chong Wei.Selain Chong Wei,kita juga mengharapkan bergu emas negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menyinar setelah kegagalan tahun lalu apabila sekadar muncul naib juara.Apapun kita mengharapkan pemain lain juga akan dapat menunjukkan sesuatu pada kejohanan berprestij ini.Selamat berjuang untuk kem badminton negara yang berjuang di London 8-14 ogos ini.

Friday, 15 July 2011

Cerita Minggu Ini-Sejarah Badminton

   Minggu lalu saya menceritakan tentang bagaimana cara sukan baminton dimainkan.Minggu ini pula saya akan menceritakan tentang sejarah sukan badminton hingga menjadi salah satu sukan yang popular di dunia.Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan

   Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufory. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkanKejohanan Badminton Terbuka Seluruh England kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia yangtelah ditubuhkan pada 1934 China, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.
     


Saturday, 9 July 2011

Hello Badminton


  Assalamualaikum kepada semua peminat badminton di Malaysia.Tujuan blog ini dibina adalah untuk menceritakan tentang sukan badminton.Blog ini juga akan menceritakan tentang berita terkini sukan badminton.Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
   Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.Apapun semoga blog ini boleh memberi lebih informasi kepada peminat-peminat badminton seluruh Malaysia.Majulah badminton untuk negara.