 |
Misbun Ramdan dan Datuk Misbun Sidek (gambar kecil) |
Siapa yg bakal menggantikan Koo Kien Keat,Wong Chong Han Dan Datuk Lee Chong Wei.Setiap kejohanan kita hanya mengharapkan pemain senior yang makin di penghujung karier. Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata, beliau bukan masalah utama dalam badminton negara ketika ini, sebaliknya masalah kritikal yang sedang dialami Malaysia adalah ketiadaan pelapis berwibawa dan tugas.Chong Wei, 29, juara Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan All England tahun ini, percaya badminton negara berdepan masalah yang lebih serius daripada sekadar memburu emas Olimpik 2012, iaitu siapa yang akan menggantikannya dan memikul cabaran Malaysia selepas temasya London nanti.Namun ada sedikit kelegaan bagi kita apabila buat pertama kali seorang pemain remaja kita berjaya merangkul gelaran juara perseorangan remaja asia iaitu Zulfadli Zulkifli.Selain itu, pemain yang semakin meningkat naik Misbun Ramdan anak kepada bekas jaguh badminton negara Misbun Sidek juga berpotensi untuk mara lebih jauh dalam sukan ini.Apapun pihak yang berkenaan perlu bekerja keras dan jangan hanya mengharap pemain sedia ada.Kalau nak diharapkan pemain sedia ada sekarang memang susah kita nak pergi jauh.Lebih-lebih lagi semua dah tua.Minta BAM fikirlah sikit demi masa depan badminton negara.
 |
Zulfadli Zulkifli |
No comments:
Post a Comment