Lin Dan
![]() |
Lin Dan (Super Dan) |
Lin Dan (lahir 14 Oktober 1983) merupakan pemain badminton China yang berketurunan Hakka, dari Fujian, Republik Rakyat China. Lin kini pemain badminton perseorangan yang mendominasi pentas dunia.Pemain ni telah banyak menyekat Chong Wei dari memenangi kejohanan besar.Lin Dan bermain di Sukan Olimpik 2004, dia tewas kepada Ronald Susilo dari Singapura pada pusingan pembukaan. Selepas itu, dia tumpas kepada Taufik Hidayat di peringkat akhir di Kejohanan Dunia Badminton 2005.
Pada tahun 2006, Lin Dan menang ke atas Bao Chunlai di pusingan akhir Kejohanan Dunia Badminton di Madrid, Spain. Pada tahun 2005, Lin Dan pernah bertemu dengan Bao di tiga kejohanan yang diadakan di China: China Masters, Sukan Kebangsaan China, dan Terbuka Hong Kong.Lin Dan mempunyai seorang teman wanita yang bernama Xie Xingfang. Xie juga merupakan pemain nombor satu dunia satu ketika dahulu.Lin Dan juga pernah memenangi kejohanan yang berprestij iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England di Birmingham, juga memenangi Kejohanan Dunia Badminton 2006 di mana Lin bertemu dengan rakan senegaranya Bao Chunlai dengan mendapat gelaran Kejohanan Dunia yang pertama.Pastu dia menang Olimpik Di Beijing 2008 dan menang kejohanan dunia buat kali keempat tahun ni.
Harus diakui bahawa Lin Dan nie memang hebat walaupun ramai orang tak suka.Teknik yang sempurna di semua sudut,pantas,dan pandai bermain psikologi antara kelebihan pengacau Chong Wei nie.Tak hairan lah orang menggelarnya Super Dan.Saya hanya kagum permainannya tidak pada perwatakannya.Kesimpulannya Lin Dan akan tewas di London 2012 nanti di tangan Wira kita Chong Wei.Insyallah...
Zakry dan Fairuz di KLRC
![]() |
Fairuz dan Zakry |
Zakry dan Fairuzizuan membuat pengumuman itu dalam satu sidang media semalam yang diadakan sempena Rumah Terbuka KLRC, sekali gus menamatkan teka-teki haluan mereka setelah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lalu.
"Sekarang perancangan kami lebih jelas untuk memungut mata melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.Zakry berkata, dia dan Fairuzizuan gembira diterima untuk bernaung di bawah KLRC bagi membolehkan mereka membuat perancangan untuk masa depan.Terdahulu, pasangan itu telah mengemukakan permohonan untuk keluar daripada BAM pada 17 Ogos lepas kerana berasakan sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada pemain baharu, selain faktor umur mereka yang semakin meningkat."Kami akan memulakan misi pertama dengan kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia pada 27 September hingga 2 Oktober ini," katanya.
Berikutan dengan kontrak bersama KLRC itu, Zakry berkata, KLRC akan menanggung semua perbelanjaan dalam setiap kejohanan yang mereka pilih.Katanya, mereka telah menyenaraikan lapan kejohanan antarabangsa untuk disertai pada tahun ini termasuk GP Emas Terbuka Indonesia."Menerusi GP Emas Terbuka Indonesia, kami meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menjelang akhir tahun ini," katanya.Zakry menegaskan bahawa hubungan mereka dengan badan induk badminton itu tetap baik walaupun sudah meninggalkan BAM.Selamat berjaya buat Zakry dan Fairuz,semoga dapat meyumbang kearah pembangunan badminton Malaysia.
No comments:
Post a Comment